Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 21 Mei 2010

KETIKA HATI BERBICARA...HANYA UNTUKMU AULADKU..

16 Mei 2010 adalah tarikh yang tidak akan aku lupa untuk sepanjang hayat ini , tidak aku menjangga aku akan menjadi seorang pendidik di usia ini, namun inilah amanah yang perlu aku pikul, yang perlu aku genggam. di saat ini perasaan masih menyinar, entah kenapa tangan ini begitu pantas mencoret saat dan detiknya aku bersama guru-guru lain di SMU (A) DARUL ULUM menyambut hari guru, yang dikelolakan oleh pelajar tingkatan 1,2 dan 3.

Pertama kali dalam hidup aku menyambut hari guru di sekolah tersebut, banyak persiapan dilakukan oleh pelajar, tidakku menduga pelajar sanawi akan memberi kejutan kepada guru mereka..terima kasih…terima kasih duhai anak-anakku. ikatan ini bertaut mungkin kerana penolong kanan Hal Ehwal Pelajar telah mengsyorkan utuk diadakan satu usrah, mungkin dari situ akan mengeratkan lagi ikatan pelajar yang sebelum ini hanya memanggil guru mereka dengan panggilan USTAZ, USTAZAH, SIR, TEACHER atau CIKGU. tetapi ikatan rabitah ini telah menukar status gelaran kepada nama bonda, ayahanda, ibu, ummi, abi dan sebagainya.
Dan aku sendiri mempunyai tiga orang anak kembar yang dianugerahkan Allah khusus untuk mentarbiah secara “paksa” ..namun hakikat sebenarnya mereka bukanlah dipaksa untuk menerima ibu angkat, tetapi dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dengan perasaan terkejut menerima berita dari PK yang mengatakan aku dianugerahkan anak angkat seramai 3 orang, perasaan gembira bercampur terharu, tidak menyangka pelajar memilih diri ini, sedangkan aku baru sahaja mengajar dan dalam proses mengenali nama mereka, dan untuk hari-hari yang berikut…

Aku sekali lagi dipanggil oleh PK sekolah, dalam hati ini pelbagai persoalan yang timbul, aku ada buat ape-ape kesilapan ke..atau mungkin berkaitan fail sekolah. Aku cuba memujuk hati.. setibanya sahaja di pejabat, didapati seorang ibu yang kurasakan lebih kurang separuh abad umurnya bersama seorang anak kecil berada di atas kerusi sofa, dari jauh kumenatap matanya ada cebisan luka namun bibirnya masih manis mengukir senyuman, aku terpaku di depan pintu pejabat, tergamam melihat seorang ibu tua dan seorang anak kecil. aku pantas menghulur tangan menyapa mesra, ibu kepada pelajar tingkatan 3 itu lantas menyambut salamku.

mataku melihat kepada PK HEM, PK Pentadbiran dan ustazah Mariah,
“begini sa..” Ustaz Lah membuka bicara.

aku duduk di atas kerusi dan menganggukkan kepala memberi respon..
Panjang Ustaz Lah menghuraikan maksud kedatangan Ibu pelajar dan tindakan aku untuk menyelesaikan masalah.

Seusai sahaja aku mendengar penjelasan yang panjang lebar dari ustaz Lah, entak kenapa mataku ingin menatap wajah sayu seorang ibu, anaknya dahulu pernah diasuh, pernah dijaga, tidak pernah ada perasaan merungut dengan kerenah anak-anak, tetap berkorban tenaga dan masa ingin membesarkan 3 orang anak. tetapi kini anak itu tidak lagi mempedulikannya, tidak mahu menghiraukan ibu dek kerna termakan pujuk rayu seorang “lelaki luar”.

Anak tersebut tidak mahu ke sekolah, lebih suka keluar malam bergaul dengan mereka yang tidak bermoral. ibunya tidak dapat berbuat apa-apa, mungkin buntu memikirkan tingkahlaku anaknya. Walaupun sibuk menguruskan keadaan di rumah ditambah lagi dengan bebanan kerja seharian sanggup untuk datang ke sekolah merayu supaya anaknya tidak dibuang sekolah, betapa malunya seorang ibu…namun terpaksa dibuang perasaan tersebut kerana satu harapan agar anaknya dapat datang ke sekolah seperti anak-anak yang lain.

ketika itu aku berfikir mungkin inilah masanya aku cuba untuk mengorak “sesuatu”..dan inilah tugas yang perlu aku lakukan.
“macamane sa..” suara ustaz Lah sekali lagi mengejutkan aku dari semangat untuk pelajar tersebut(konon2nye..)

Aku membuka bicara, banyak mata memerhatikan aku mendengar kata-kata yang akan aku sampaikan, menunggu jawapan ya atau tidak. Aku pada mulanya tidak mengenali pelajar tersebut, kerana aku masih baru masih hijau dengan suasana Darul Ulum. namun aku cuba untuk memikul tugas ini..tugas yang tidak pernah aku lakukan dan tidak terlintas difikiran untuk merungkai permasalahan pelajar.

PK memberi tugasan agar aku memujuk pelajar tersebut untuk datang ke sekolah seperti biasa, dan tugasan untuk tidak keluar bersama dengan “lelaki luar”..

Aku mengukir senyuman sahaja pada awalnya, cuba untuk bermonolog, benarkah apa yang aku lakukan selepas ini, besar tanggungjawab ni..aku cuba menepis persepsi negative...lama aku mendengar coretan PK..dengan nada yang bersahaja aku memberitahu bahawa aku akan pergi ke rumah pelajar tersebut bersama ibunya dan seorang ustazah, aku melihat wajah ibu pelajar tersebut ada raut gembira di matanya.

Aku cuba untuk kuatkan semangat walau apa yang terjadi niat yang ikhlas perlu didahului. sampai sahaja dirumah pelajar tersebut didapati rumah sewa yang agak usang, dipenuhi dengan pelbagai alatan yang nampak berselerakkan, ayahnya keluar merai kedatang aku dan ustazah Mariah, liar mataku mencari di mana pelajar tersebut, bunyi hentakan kaki menyatakan kemarahan dan diikuti suara yang bernada tinggi dituju kepada ibunya, aku melihat wajah pelajar tersebut, baru aku teringat..ooooo..melopong mulutku ingin mengatakan aku mengenali pelajar tersebut, dan aku pernah menyoalnya di dalam kelas tingkatan 3.
Pada awalnya kedatangan aku bersama ustazah Mariah tidak diendahkannya,(buat-buat tak tahu).

Biasalah jiwa remaja, semuanya inginkan keseronokan, teringat juga peristiwa di masa aku muda2..:-)

Ustazah Mariah memulakan ucapan tazkirahnya, aku terdiam melihat tingkahlaku pelajar tersebut, aku membiarkan sahaja ustazah Mariah melontarkan kata-katanya, aku tahu pelajar ini perlu bimbingan “private”. sekali sekala aku mengukir kata hanya bertanya khabar dan berta’ruf dengan ibu dan ayahnya sahaja.

Sejurus itu aku memberitahunya aku ingin menjadi ibu angkatnya, terpaku matanya menatap wajahku, dengan senyuman manis dilontarkan, dalam hatiku ini petanda baik untuk aku menutur kalam yang seterusnya, entah dari mana semangat aku ingin menjadikannya sebagai anak angkat, sedangkan aku tahu amanah anak ini cukup sukar untuk dipikul, aku menjemputnya agar berada dekat denganku, aku ingin memegang erat tangannya. dalam hatiku berkata aku mampu melakukannya.

Bagi menamatkan bicara aku cuba memujuknya untuk keluar bersiar-siar selepas tamat persekolahan esok, aku mencari ruang yang ada untuk bertemu dengan pelajar tersebut, walaupun kerja dan tugas guru masih bertimbun yang perlu aku siapkan, mampukah aku untuk lakukan yang terbaik untuk seorang anak lagi???

Dengan nada yang lembut pelajar tersebut mengiyakan sahaja untuk berjumpa denganku, dan mengiyakan untuk datang ke sekolah, bertalu-talu aku memberitahunya yang aku menanti dan menunggu kedatangannya ke sekolah.

Tidak sabar rasanya aku menanti hari esok, sampai sahaja aku ke sekolah aku bertanyakan kepada rakan-rakannya, mereka berkata pelajar tersebut datang ke sekolah, melompat jantung hati aku keriangan, nampaknya ada noktahlah coretan aku.

aku masuk ke dalam bilik guru dengan penuh perasaan gembira dan cepat2 memberitahu berita ini kepada ustazah Mariah..tiba2…

Ustazah…!!!!

aku menoleh ke arah suara tersebut, memang benar dia hadir ke sekolah, maka bermulalah misi dan visiku

Petang itu aku membawa pelajar tersebut ke suatu tempat yang agak romantis la katakan..di sebuah restoran Panglima Bayu…menghalusi fikrahnya, menabur tutur bicara, aku cuba melembutkan suara dengan pelbagai irama, kaitan aku dengan cerita-cerita motivasi yang pernah aku baca, aku mengaitkan kisah silamku, pengorbanan ibu dan ayah, harapan guru-guru, perjalanan hidup aku sendiri aku luahkan segalanya kepada pelajar tersebut. dan bila aku menceritakan tentang kematian yang akan memburu dan pengorbanan seorang ibu, tiba2..ada manik jernih yang 50-50 hendak dititiskan.

berhenti nafasku membiarkan sahaja kereta, lori, motosikal yang membengitkan telinga ku, dan mengganggu ketenteraman kami. aku melihat jam ditangan, ish..lama sudah aku bersama pelajar ini, aku perlu bergegas ke bank Islam, monolog diriku, aku perlu memberhentikan bicara aku bersama pelajar tersebut, dan menghantarnya pulang ke rumah.

Alhamdulillah wa syukurillah….

Berjaya!!!!! misi tugasku Berjaya..untuk hari2 yang berikutnya pelajar tersebut tidak pernah ponteng kelas, dan ditanya tentang perhubungan dengan “lelaki luar” dia mengatakan tidak keluar lagi bersama..

Ya Allah, inilah amanah seorang guru, aku tidak mengharapkan apa-apa dari pelajar, hanya ingin melihat kejayaan mereka sahaja, banyak perkara dan banyak zikrayat manis aku bersama pelajar…

Untuk hadiah2 ini aku ucapkan terima kasih, tiada ucapan yang dapat aku tutur selain ucapan TERIMA KASIH…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan