Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Renungan Teladan Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan Teladan Hidup. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mei 2009

CINTA SEJATI




Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."


Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.


Tauladan dari kisah ini:


Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulenMencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mataakan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Sabtu, 4 April 2009

9 PEMBAZIRAN TANPA DISEDARI





"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:




Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.




Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.




Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.




Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.




Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.




Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.




Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.




Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.




Zikir. - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. Semuga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.


..MOTIVASI ReNuNgaN bERsAmA...


Jika anda ada kelapangan masa sila hayati renungan ini bagi meningkatkan motivasi diri kita agar memperolehi kemenangan didunia dan akhirat.Buang yang keruh ambil yang jernih dan ceria ceria selalu. Dahulu kita adalah anak-anak kecil yang belum baligh dan tidak ditaklifkan oleh Allah dengan syariatnya. Maka apa yang kita buat pada ketika itu semuanya tidak berdosa walaupun pada umumnya ia adalah satu kesalahan seperti mencuri mempelam jiran dan memakannya. Maka perbuatan seperti itu adalah salah tetapi Allah tidak mencatitkan dosa kerana kita belum mukallaf. Tetapi sekarang kita sudah baligh dan dewasa maka kita tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja yang salah seperti ketika kita masih kecil dahulu Allah tidak mencatitkan dosa dan kesalahan yang dilakukan tetapi sekarang Allah akan mencatitnya kerana kita telah menjadi orang mukallaf. Oleh itu tinggalkanlah perbuatan yang salah itu kerana ini adalah kenangan lama yang tidak boleh diulangi lagi. Dahulu kita muda mungkin semua tindakan kita didorong oleh keseronokan semata-mata tanpa memikirkan apakah ianya baik bagi kita ataupun sebaliknya, kita banyak menghabiskan masa untuk keseronokan sehingga kita lupa dan lalai daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, lalu masa muda kita telah disia-siakan begitu sahaja. Tetapi sekarang kita telah dewasa maka tidak sepatutnya kita meneruskan kerja sia-sia diusia muda kita dahulu kerana ketika itu kita tidak banyak mengerjakan ibadah dan kebajikan. Oleh kerana sekarang kita telah dewasa maka sepatutnya kita telah sedar dan insaf segala kesalahan di masa muda lalu. Gunakanlah masa dewasa ketika ini untuk bertaubat dan beramal soleh bagi menghimpunkan pahala sebagai bekalan ke syurga. Dahulu kita susah, miskin dan sentiasa di dalam kesempitan dan pada masa itu selalu kita memasang angan-angan dan cita-cita kalaulah aku kaya, aku akan belanjakan harta aku untuk kebajikan, aku akan menolong fakir miskin, akau akan beri sumbangan untuk pembinaan masjid, aku akan keluarkan zakat dan berbagai-bagai lagi azam dan cita-cita kita, tetapi semuanya itu tidak dapat kita lakukan kerana kemiskinan dan kesusahan yang menghimpit kita. Sekarang kita telah menjadi kaya dan berada dalam kemewahan dan kesenangan. Kalau begitu apa yang ditunggu lagi, ambillah kesempatan di atas kesenangan dan kemewahan yang Allah berikan kepada kita untuk membelanjakan sebahagian daripadanya pada jalan Allah seperti yang pernah dicita-citakan pada masa kita susah dahulu. Janganlah kita dihantui dengan perasaan sayangkan harta sehingga tidak sanggup pula membelanjakannya kerana mencari keredhaan Allah. Seorang sahabat pernah bertanya nabi s.a.w "Wahai Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang lebih afdhal? Maka Rasulullah pun menjawab, "Kamu memberi sedekah ketika kamu sedang sihat dan terlalu sayangkan harta kamu, di samping kamu sangat mengharapkan bertambah kekayaan dan bimbang menjadi miskin dan janganlah kamu tangguhkan lagi sehingga nyawa sudah berada di hujung halkum. Dahulu kita sibuk, kita sibuk dengan kerja di pejabat, kita sibuk dengan urusan perniagaan, kita sibuk dengan persatuan dan kita sibuk dalam segala urusan, kerana kesibukan kita itu kita tidak berkesempatan atau sedikit sangat ruang waktu dapat berbuat kebajikan, kita tidak ada masa ke masjid, kita tidak ada masa membaca al-Quran, kita tidak ada masa untuk belajar agama, kita tidak ada masa bergaul dengan masyarakat dan kita tidak ada masa untuk semua itu. Tetapi sekarang kita kurang sibuk lagi. Barangkali kita sudah ada sedikit ruang masa, perniagaan kita sudah ada orang yang membantu untuk mengurusnya,. Oleh itu, marilah kita gunakan masa yang tidak sibuk ini untuk mendapatkan semula apa yang telah terlepas dan yang tidak sempat kita lakukan pada waktu kita sibuk dahulu. Sekarang inilah masanya untuk banyak berzikir kepada Allah, inilah masanya untuk kita mendalami isi ajaran agama, inilah masanya untuk kita bergaul dan berbuat baik dengan masyarakat dan inilah masanya untuk kita melakukan amal yang soleh sebanyak mungkin. Kalau dahulu mungkin kita banyak melakukan kesilapan, kita banyak bercakap yang sia-sia dan tidak berfaedah. Tetapi sekarang kita telah sedar bahawa itu semuanya merugikan dan membahayakan diri sendiri, oleh itu biasakanlah diri dengan bercakap benar kerana itulah sifat orang yang beriman dan bertaqwa. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70-71 bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar, nesaya Allah memperbaiki bagimuamal-amalmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar". Kita sering lupakan tugas dan tanggungjawab kita yang besar, kita seorang bapa tetapi kita telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kita, kita seorang majikan tetapi kita telah mengabaikan tanggungjawab dan kebajikan terhadap kakitangan dan anak-anak buah kita,kita seorang yang berpengaruh dan berkedudukan tinggi tetapi telah mengabaikan orang-orang dibawah kita. Kita seorang pengurus jabatan kita dengan baik dan berjaya tetapi kita terlupamengurus diri dan keluarga kita sendiri, semua kelemahan dan kekurangan itu telah kita lakukan di dalam keadaan terlupa., tidak sedar dan kerana mementingkan diri sendiri, tetapi sekarang kita sudah sedar segala kesilapan itu semua. Oleh itu patutlah sangat kita gantikan kesilapan dan kesalahan itu dengan menghayati ajaran Islam di samping kita penuh insaf dengan bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah Ali Imrn ayat 133 bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa". Dahulu pandangan kita terhadap agama agak mendatar, kita anggap agama itu ibadah khusus semata-mata. Urusan hidup harian bukan urusan agama lalu kita tidak menggunakan agama sebagai neraca pertimbangan dalam menjalani kehidupan, semua itu terjadi kerana kejahilan kita sendiri. Sekarang kita sudah sedar dan kita sudah banyak belajar, kita telah faham bahawa Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Oleh itu marilah sama-sama kita amalkan ajaran Islam didalam kehidupan ini supaya hidup kita menjadi sempurna dan bahagia. "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (Surah an-Nisa':110)

Jumaat, 13 Mac 2009

PUISI KHAS UNTUK MUSLIMAH




Muslimah yang kusayangi,
Adalah sentiasa bertindak berlandaskan hukum-hukum ALLAH
Yang sentiasa mengikut syariat Rasulullah
Yang taat pada perintah suami
Yang tidak lupa jasa kedua orang tua

Muslimah yang ku cintai,
Adalah yang mengharap redha ALLAH
Aurat dipertahan melainkan buat suami tercinta
Lembut tuturnya terhadap suami tersayang
Halus belaiannya untuk anak-anak amanah ALLAH

Muslimah yang kukasihi,
Adalah yang membawa aku ke pangkal jalan
Jalan taubat kepada Pencipta
Andai aku sedikit terpesona
Dengan keasyikkan dunia yang sementara

Muslimah yang ku idam,
Yang tidak pernah mengeluh
Diatas segala ujian dari ALLAH
Yang sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala liku
Ujian menjadi pendorong buat dirinya

Muslimah yang ku harapkan,
Jadilah dirimu sebagai srikandi ISLAM sebenar
Srikandi terdahulu menjadi inspirasi buat dirimu
Asiah,Rabiatul Adawiyah,Mariam,Aisyah dan Khadijah
Menjadi pendorong kejayaan buat dirimu
Di sepanjang jalan jihadmu
Moga kau tersenyum hingga ke akhirnya

Isnin, 16 Februari 2009

Rama-rama dan wanita

sekadar renungan Dari HIDAYAHNET Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.Rama-rama mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf "A1".Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.Namun rama-rama tidak pernah tahu ia sebenarnya indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. –muslimah solehah

Siapakah Orang Yang Paling Sibuk ?

Siapakah orang yang paling sibuk?Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka menyepelekan waktu sholatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.sSiapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku ridha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, selalu memperbanyakan harta.Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelakkarena telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka

Rabu, 11 Februari 2009

PEREMPUAN DAN SEMALU




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.