Kadang kala hidup menderita kerna mahukan kebahagiaan,seringkali hati bertanya bila kan muncul kebahagian yang dicari, mata menyahut pertanyaan itu bukankah kebahagiaan yang kau cari selama ini telah ada dan engkau sendiri telah memilihnya, dan engkau telah menyedari akan kehadirannya….kebahagiaan sepert apa lagi yang engkau mahukan?
Mata dan hati terdiam kaku, membiarkan sahaja angin-angin yang bertiup lalu…menyelami perasaan sendiri, menghidu segenap peristiwa yang bakal ditempuhi nanti, apa yang ingin kuluahkan adalah kedatangan mu bersama yang lain membuatkan aku kaku dan hampir sahaja aku tidak dapat mengenali diri mu, aku cuba mencari ruang dan posisi yang terbaik agar kalian dapat membuat tafsiran, aku tau dirimu sepertiku….hasrat yang satu agar mereka memandang dengan pandangan yang menyejukkan hati dan pertuturan yang mencium ketenangan
Biarkan saja mereka memerhatikan kita….biarkan mereka merenung kita…..
Benar!, itulah cara yang seharusnya, aku menyedari aku bukanlah yang terbaik tapi aku cuba lakukan apa yang tedaya dan semampunya..mereka mengimpikan yang sempurna padamu, namun aku tidak pernah mecari kesempurnaan itu, cukup bagiku…
Ya Allah..kesempurnaan itu hanyalah milikMu,iringan doaku untuk mencari semua itu, walaupun aku seringkalinya rebah, tersungkur..namun pada sujudmu aku menemui ketenangan, pada sujudmu aku menemui hijuanya. maka benarlah semua itu berlaku, keranaMu aku membuat andaian, dan jawapanMu adalah tepat dan aku seyakinnya menghulurkan kain putih untuknya..namun yang datang hanyalah baldu hijau yang bersulam jaringan lain, yang aku sendiri tidak pasti jaringannya..tapi apa yang dapat aku tuturkan ianya indah.
Hijau itu tidak sekali melihat..tidak sekali bersua…
Sesekali aku memandang lentikan matanya..diperhatikan yang lain aku cuba menundukkan kepala menahan perasaan malu kerana jelingan manja..oh! rupanya ada yang lain cuba memerhatikan gerak-geriku..Ya Allah kuserahkan padaMu, perasaan ini hampir sahaja membuatkan aku ingin lari sejauh yang mungkin, agar mereka tau aku tidak dapat berkata lagi, namun cahayaMu itu indah lagi berseri, pautanMu tersangat kuat hingga aku mampu menyandar keluhan itu, cuba untuk menutur sesuatu agar mereka senang bersamaku..sesekali langkahku menyelinap di ruang-ruang yang lain, menutup malunya diperhatikan.
Bicaraku diatur satu persatu..biarpun kali pertama bersua lagaknya seperti akrabnya persahabatan, ketawamu membuatkan aku senang menyambung warkah yang selanjutnya, sujud semalam telah memungkinkan kita, keberangkalian ada jawapannya…apa yang memungkinkan itu??
Ya Allah, aku bersedia Ya Allah…Kesediaan hati aku menunaikan kewajipanMu..
Nukilan bersahaja untuk menempuhi hari aku dihitung..mungkinkah ada jawapan hijaunya..cukup malunya aku diperhatikan, semoga kertas itu menjadi noktahnya…
Cebisan luahan sehelai kertas mahukan untuk kepastian yang ditunggu, meraih pencalonan bagi sesi seterusnya..
Pencalonan??
Ya..seuntai pencalonan…
bersambung….
Memaparkan catatan dengan label Lukisan Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lukisan Diari. Papar semua catatan
Jumaat, 19 November 2010
Jumaat, 8 Mei 2009
I luv u ..TES
ALHAMDULILLAH…tamat sudah riwayat percintaan seorang gadis dengan tes, mengalir air mata kegembiraan selepas selamat dijab kabulkan di Dukkan “Double A” Bangi. Malamnya terasa hening pada saat dan ketika itu, jantung berdegup kencang, tidak dapat menyangka bahawa pada malam itu akan tercatat sebuah sejarah yang amat bermakna baginya dan lakaran tarikh itu akan terpahat di hati…Subhanallah..
Berlari anak gadis itu kerana ingin mengejar waktu kerana persiapan hari yang dinantikan bakal berlangsung, hati masih lagi bernada kegembiraan, melihat teman-temannya yang masih lagi bertunang, lantaran tidak cukup “hantaran”, namun gadis itu tetap membuka semangat dan terus melangkah. Di dalam hatinya, malam itu akan diperjuangkan dengan penuh kesungguhan kerana dirinya merasa yakin dengan kebenaran yang ada pada tesnya.
Jatuh cinta dengan tes dirasakan suatu kesukaran pada awalnya, banyak benda yang perlu dipenuhi, tes amat sukar difahami, perlu bertanya dan mendapat maklumat tentang dirinya dengan ramai pihak, kadang-kadang rasa malu pun ada bila ramai yang bertanya macamana dengan tes?..ok dah ke?..Dah bawa pergi jumpa “orang tua” dah ke??..emm al-maklumla tes ni tidak suka jumpa” orang tua”. Ini yang susah ni. Pening kepala gadis tu memikirkan cara supaya tes dapat berjumpa dengan orang tuanya. Ish3..
Gadis ini berharap dan menyimpan perasaan supaya “orang tua” nya dapat menerima tes seadanya, dan seandainya terdapat kelemahan dan kekurangan pada tes, gadis itu cepat-cepat menyimpul bahasa agar “orang tua” nya berkenan dengan tes, baginya tes adalah satu-satu dalam hidupnya pada saat itu, gadis itu tidak dapat menerima kenyataan sekiranya lamaran tes ditolak. Gadis itu amat menyintai tes, dalam hatinya hanya ada tes. Setiap detik gadis itu hanya memikirkan tes, “tes..tes..bila agaknya kita akan berakhir, tidak sanggup rasa hati ini menanggung penderitaan menanti dirimu, tes..oh..tes..”. Itulah monolog yang seringkali berlegar difikirannya, benarlah kata pujangga, penantian suatu penyiksaan.
Akhirnya tanggal 4 Mei 2009 telah tertunai segala hajat dan impiannya selama ini yang ditunggu-tunggu. Ya Allah engkau telah memperkenankan doaku, syukur Alhamdulillah, sehingga kini hatinya melonjak kegembiraan, bibirnya sentiasa melekat dengan senyuman manis. Itulah saat-saat yang paling bahagia dirasakan.
Malam itu merupakan hari yang terlalu istimewa baginya, lamsatu akhirah (persiapan akhir) adalah menyimpul hasrat bersama tes, supaya kita akan terus kekal dan mengingati saat-saat kesukaran yang pernah dihadapi, hasilnya kita mampu merealisasikan impian ini, dan hari ini termaktub segalanya. Gadis itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang insan yang banyak membantunya dalam mengenali tes, seorang insan yang tidak pernah putus asa dan tidak pernah jemu mendengar segala luahan hati terhadap tes yang sukar memahami dirinya sebelum ini, tetapi kata-kata semangat seorang insan yang ingin menggelarkan dirinya sebagai “USH” itu adalah nama singkatannya. Terima kasih USH..gadis itu meletakkan harapan yang tinggi kepada tes untuk hari-hari yang seterusnya kerana tes adalah pilihan hatinya kini dan selamanya. Tes I luv u…
*tes: tesis/projek ilmiah ruhulkhaulah
Labels:
Lukisan Diari
Isnin, 20 April 2009
PASAL APA? Vs SARAPAN PAGI

Alhamdulillah tamat sudah exam…untuk 1 paper je, pasal apa kita kata 1 paper je??..sebab ada 2 paper lagi..:) itulah kata-kata siulan penuh kinayah dari sahabat ana, siapa?? Nak tahu..emm itulah kata-kata gadis melayu terakhir…terakhir?? Ya atau tidak..pelik tapi benar ye..emm dialah sahabat dialah teman.. Nur athirah, lang ana la tu..emm musykilah betul...tika dirimu membaca artikel ini sila beri komen di bawah ye.. kerana sahabat yang lain ingin mengetahui, pasal apa kita kata pelik??pasal apa kita kata musykilah??...sebab apa??:)..
Kita tinggalkan tajuk pasal apa? Kita masuk kepada tajuk menu sarapan pagi..Mungkin terasa hilang kepenatan selepas menjamu dengan hidangan yang penuh dengan nikmat bahasa disajikan dengan menu arabiah berlaukan lisaniah, kalau digabungkan teorinya terciptalah subjek bahasa arab lisan..terasa kenyang yang teramat sangat, itulah sarapan kami jabatan arab modul bahasa yang memulakan sarapan imtihan dengan penuh selera. Semoga makanan yang telah dihadam akan membuahkan hasil yang menakjubkan..:)
Aiwah…. apapun sahabat sekalian berjuanglah dengan penuh semangat untuk peperiksaan yang akan datang, lebarkan sayap kekuatan agar segala ilmu dapat memberi manfaat yang terbaik di jalan Allah, Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut. Bukti keberkatan itu adalah apabila seseorang itu berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian terhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran. Manakala natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!..
Madah yang seterusnya adalah subjek Kritikan sastera arab, sifu kami Ustaz Mad Nor Abdullah, nantikan kemunculan episode yang akan datang, insyallah..:)
Chayok2!!!...
Labels:
Lukisan Diari
Rabu, 15 April 2009
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Hidup memerlukan pengorbanan
Pengorbanan memerlukan perjuangan
Perjuangan memerlukan kekuatan
Kekuatan memerlukan keyakinan
Keyakinan menentukan kejayaan
Kejayaan membawa kebahagiaan........INSYALLAH..
GOOD LUCK IN THE EXAMINATION
BITAUFIQ WA NAJAH
Chayookk!!!!!! :-)
Labels:
Lukisan Diari
Langgan:
Catatan (Atom)
