Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 8 Mei 2009

I luv u ..TES



ALHAMDULILLAH…tamat sudah riwayat percintaan seorang gadis dengan tes, mengalir air mata kegembiraan selepas selamat dijab kabulkan di Dukkan “Double A” Bangi. Malamnya terasa hening pada saat dan ketika itu, jantung berdegup kencang, tidak dapat menyangka bahawa pada malam itu akan tercatat sebuah sejarah yang amat bermakna baginya dan lakaran tarikh itu akan terpahat di hati…Subhanallah..

Berlari anak gadis itu kerana ingin mengejar waktu kerana persiapan hari yang dinantikan bakal berlangsung, hati masih lagi bernada kegembiraan, melihat teman-temannya yang masih lagi bertunang, lantaran tidak cukup “hantaran”, namun gadis itu tetap membuka semangat dan terus melangkah. Di dalam hatinya, malam itu akan diperjuangkan dengan penuh kesungguhan kerana dirinya merasa yakin dengan kebenaran yang ada pada tesnya.

Jatuh cinta dengan tes dirasakan suatu kesukaran pada awalnya, banyak benda yang perlu dipenuhi, tes amat sukar difahami, perlu bertanya dan mendapat maklumat tentang dirinya dengan ramai pihak, kadang-kadang rasa malu pun ada bila ramai yang bertanya macamana dengan tes?..ok dah ke?..Dah bawa pergi jumpa “orang tua” dah ke??..emm al-maklumla tes ni tidak suka jumpa” orang tua”. Ini yang susah ni. Pening kepala gadis tu memikirkan cara supaya tes dapat berjumpa dengan orang tuanya. Ish3..

Gadis ini berharap dan menyimpan perasaan supaya “orang tua” nya dapat menerima tes seadanya, dan seandainya terdapat kelemahan dan kekurangan pada tes, gadis itu cepat-cepat menyimpul bahasa agar “orang tua” nya berkenan dengan tes, baginya tes adalah satu-satu dalam hidupnya pada saat itu, gadis itu tidak dapat menerima kenyataan sekiranya lamaran tes ditolak. Gadis itu amat menyintai tes, dalam hatinya hanya ada tes. Setiap detik gadis itu hanya memikirkan tes, “tes..tes..bila agaknya kita akan berakhir, tidak sanggup rasa hati ini menanggung penderitaan menanti dirimu, tes..oh..tes..”. Itulah monolog yang seringkali berlegar difikirannya, benarlah kata pujangga, penantian suatu penyiksaan.

Akhirnya tanggal 4 Mei 2009 telah tertunai segala hajat dan impiannya selama ini yang ditunggu-tunggu. Ya Allah engkau telah memperkenankan doaku, syukur Alhamdulillah, sehingga kini hatinya melonjak kegembiraan, bibirnya sentiasa melekat dengan senyuman manis. Itulah saat-saat yang paling bahagia dirasakan.

Malam itu merupakan hari yang terlalu istimewa baginya, lamsatu akhirah (persiapan akhir) adalah menyimpul hasrat bersama tes, supaya kita akan terus kekal dan mengingati saat-saat kesukaran yang pernah dihadapi, hasilnya kita mampu merealisasikan impian ini, dan hari ini termaktub segalanya. Gadis itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang insan yang banyak membantunya dalam mengenali tes, seorang insan yang tidak pernah putus asa dan tidak pernah jemu mendengar segala luahan hati terhadap tes yang sukar memahami dirinya sebelum ini, tetapi kata-kata semangat seorang insan yang ingin menggelarkan dirinya sebagai “USH” itu adalah nama singkatannya. Terima kasih USH..gadis itu meletakkan harapan yang tinggi kepada tes untuk hari-hari yang seterusnya kerana tes adalah pilihan hatinya kini dan selamanya. Tes I luv u…

*tes: tesis/projek ilmiah ruhulkhaulah
inilah kekasih hati ruhulkhaulah..amacam ok x??? :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan