Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 5 November 2010

Dorong pelajar miskin lebih gigih

JEDOK – Seramai 195 pelajar kurang berkemampuan dari Sekolah Rendah Agama terpilih menerima sumbangan set kelengkapan asas sekolah serta wang tunai berjumlah RM200 setiap seorang bagi membantu nasib golongan tersebut selain sebagai galakkan untuk belajar dengan lebih gigih.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali berkata, tujuannya adalah memberi galakkan dan dorongan serta membantu golongan ini mendapat pendidikan agama yang sempurna.

“Sumbangan dikeluarkan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini hasil wang zakat Baitulmal MAIWP yang dikhaskan untuk disumbangkan kepada pelajar miskin agar nasib mereka terbela terutama dari segi pendidikan.

“Melihat senyuman ceria pada pelajar hari ini merupakan kesyukuran pihak kami yang mahu setiap pelajar terpilih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan tahun 2011 nanti,” katanya pada majlis perasmian Penyampaian Sumbangan Persekolahan Sekolah Rendah Agama (SRA) 2010 peringkat negeri yang dianjurkan Yayasan Taqwa (MAIWP) yang bertempat di Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Jedok, semalam.

Menurutnya, institusi ini menjalankan program bermanfaat maksimum kepada semua termasuk golongan asnaf yang memerlukan terutama di luar Wilayah Persekutuan (WP).

“Semoga usaha murni sebegini menyemarakkan lagi pembayar zakat dan jumlah kutipan zakat di WP akan bertambah semasa ke semasa dalam usaha membantu mereka yang kurang mampu.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memberi ruang kepada usaha murni sebegini dalam rangka ziarah ukwah menemui semua pelajar terpilih tersebut,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik; pengurus besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Ahmad Ayib Ibrahim; pengetua SMU (A) Darul Ulum (SABK) Jedok, Mohamed Hamid serta tetamu kehormat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan