Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 18 April 2009

"BUAH KILAH" & KENANGAN BERSAMA DR.MOWAFAK ABDULLA AHMED ALKUSAIRY


Sekilas kenangan bersama ustaz ana yang telah mengajar subjek Bahasa Arab Lisan. Ustaz yang berasal dari Baghdad, pada 20 April ini ana akan menduduki peperiksaan bagi madah tersebut. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Ana ingin memuatkan kenangan di dalam bahtera ana agar ustaz ana menjadi semangat untuk mendalami ilmu bahasa arab kelak, insyallah.. kerana selama 6 semester beliau banyak menbantu dan mendidik ana dalam memantapkan ilmu bahasa arab di kuliah mahupun di dalam tutorial. Banyak kenangan indah telah kami lakarkan, walaupun ianya hanya secebis cuma.

Kepada sahabat2ku yang bakal menempuhi peperiksaan bagi madah ini berjuanglah habis-habisan, semoga dengan ilmu yang telah kita terokai bersama menjadi bukti selaman bahtera yang bertaut selama masa berdetik. Dan kutitipkan mahkota perjuangan ini bersama kalian agar ia menjadi nur di hati dan sentiasa melekat di admighah. Yang penting tamassak ilmu dan jangan dilupa segala nasihat dan buah kilah Dr mowafak untuk peperiksaan nanti.

Buat sahabat ku Nur Athirah yang ana panggilnya ALANG, jangan dilupa athirah enti musykilah, emmm musykilah betul.. itulah kata2 ustaz ana kepada alang yang akan mengegarkan kelas tutorial kami.:-) lawaknya sungguh spontan membuatkan kami sentiasa ketawa dengan bait-bait yang dilontarkannya, Siti Esah, NGAH ana, emmm…Yaa Aishah aina Jabhatuki???, jawab Ngah ana amama ya ustaz, ustaz ana terpinga-pinga dengan jwapan Ngah ana, namun itulah Ngah ana sentiasa ceria dan yakin dengan jawapan yang diberi, Syabas Bete..mungkin sahabat yang membaca tulisan ini tidak akan memahami teks di atas, namun iainya hanya dapat difahami oleh kami adik beradik Asobiah Kelantanis…Asobiah ke?? Buat Kekanda Nuraimi, ana gelarkannya dengan panggilan CHIK, tapi membiasakan diri dengan kawe demo..:-) kerana terlalu rapat..so close, dari tahun satu sampai la sekarang kami sentiasa bersama, sampaikan kalau ana berjalan seorang diri sahabat lain akan tegur, mana sorang lagi??, sampai naik jenuh la jugak nak menjawabnya. Namun itulah hakikatnya diri ana dan CHIK ana. Inilah kehidupan kami sekeluarga.

Tidak tercatat di sini diari hidup LONG ana iaitu Nor Hidayah kerana kami tidak sekelas, Long ana ambil Modul sejarah, kami empat orang ambil modul bahasa jadi kelas kami tidak sehaluan, sikap long yang tegas membuatkan kami adik-beradik berdisiplin dan nampak skema..Disiplin ke??? Rasa2 nye ye ke??...sebenarnya tak pun, kalau kami berlima berhimpun membuat halaqah…halaqah???....emm halaqah ketika makan sekali, tidur, beriadah belajar dan lain-lain program yang dicipta, akan ada la mende baru yang dijadikan ilham…terutamanya dari alang ana, ni sikap kami adik beradik, jenis lucu, ceria, suka buat lawak yang spontan…mungkin perpisahan tahun ini….ana tak nak sebut pasal perpisahan……..sedih.

Apepun kuharapkan sahabat kenangan ini akan terus terukir dan sentiasa subur di ingatan…inilah bahtera kenangan kami…

inilah gaya ngah ana yang mencuri pakai cermin mata Dr mowafak...n lang yang sentiasa musykil..emm..musykil betui...:)

ape yang dimenungkan tu...inilah anak-anak buahku yang problem...:)

Chik di tengah, penuh dengan senyuman manis...


layar bahtera...berlabuh tirai..:)




1 ulasan:

  1. assalamualaikum saudari. akak sudah lama mencari dr mowafak atas segala budinya. boleh tolong email kontak dr. yang budiman ini kepada zsubita@yahoo.com. semoga allah memberkati pertolongan saudari. wassalam

    BalasPadam