Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 5 Mac 2010

TANGGUNGJAWAB BERSAMA LAHIRKAN GURU BERKESAN


Nilam Puri: “ Guru-guru YIK disaran agar lebih bertanggungjawab melaksanakan amanah pendidikan khusus untuk membangun kualiti dan keberkesanan pengajaran di sekolah”, kata Timbalan Pengarah (Akademik), Puan Hajjah Che Zainah bt Hj.Ab. Lah sewaktu berucap kepada guru-guru Bahasa Arab di Dewan Seminar YIK 14 Januari 2010.

Program yang dihadiri 110 guru tersebut adalah sebahagian dari usaha Bahagian Akademik melonjak prestasi pencapaian bahasa Arab untuk tahun 2010. Sebanyak 20 buah sekolah terlibat dalam program tersebut yang menyaksikan semua guru matapelajaran bahasa Arab dari peringkat Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) terlibat.

Dalam ucapannya beliau turut meminta guru-guru mengambil inisiatif berganda dan sentiasa mendahulukan pemahaman pelajar dalam setiap topic yang diberi sewaktu pengajaran di dalam kelas. Selain itu guru-guru perlu membuat “Headcount” pencapaian pelajar dalam setiap kali ujian yang diadakan.

susulan:

Dengan demikian menurutnya, guru-guru dapat mengambil langkah-langkah wajar untuk mengatasi segala kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. Sikap mendampingi pelajar dan sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran mereka pastinya akan membuahkan hasil yang baik dan tentu sekali akan mengubah sikap pelajar daripada malas, jemu dan tidak berminat kepada suasana baru yang lebih positif. Kesemua ini tidak akan Berjaya dalam sekelip mata, malah tugas dan tanggungjawab guru yang tidak mengenal erti penat akan dapat dilihat meskipun dalam jangkamasa yang panjang.

Guru-guru juga perlu mengubah sikap dari sekadar menjalankan tugas dan amanah tetapi lebih terasa keperluan menjadikan pelajar-pelajar lebih Berjaya. “Saya merasa dukacita sekiranya guru-guru tidak merasa apa-apa dengan peratus pencapaian pelajar yang rendah” ujarnya. Semangat guru harus sentiasa dibajai demi untuk menambah motivasi kepada pelajar.

susulan:www.yik.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan