Site Info


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 4 Mac 2010

KESABARAN DAN AMANAH




Setiap perkara pasti ada hikmahnya, itulah kata-kata yang sentiasa bermain difikiran setelah pelbagai dugaan dan cabaran datang secara bertalu-talu, walaupun tidak dipinta namun ianya bertamu tanpa diundang, bukan hati tidak mahu menerima namun kepedihan hati tidak dapat menahan pedihnya. hari-hari mendatang ditempuhi jua, biarpun pahit untuk dijalani terpaksa mengakui kekurangan yang ada dan cuba buat yang terbaik, hasratnya agar kabajikan agama terjaga, ditempis segala kekusutan yang menguasai minda. siapa yang tahu?siapa yang dapat mengerti?siapa sebaik-baik penolong? tangan ringan menadah keduanya menanti penuh kepiluan dan penuh harapan yang tersangat menggunung, mudah-mudahan dibuka pintu baginya menerima diri ini, walaupun aku tidak seperti mereka sebagaimana yang kau perlukan, namun hati ini menaruh harapan yang sangat tinggi agar anak-anak yang aku didik pada suatu masa akan menjadi muqawim dan muqawimah yang mampu mengegarkan lintasan pelusuk dunia..itu kemahuanku..itu hasratku..

menanti dan terus menanti…

Apa yang kau fikirkan lagi, lama aku menunggu, lama menanti jawapan..tangisanku untuk semua ini tidak dapat kusapu, titisan semakin menghujan..hanya padaMu kumemohon, bukakanlah hatinya untuk menerima diriku, aku cuba membuat yang terbaik, itu yang terdaya aku lakukan untuk meraih sebuah lagi harapan dalam hidupku , walaupun aku tahu selepas ini aku akan memikul satu amanah yang cukup besar, tanggungjawab itu yang akan menjadikan aku lebih matang, mengenali dunia baru, namun aku pernah laluinya sebelum ini..mungkin anugerah keberanian yang dicampakkan dalam hati ini memberikan aku keyakinan yang aku jua turut merasakan dari manakah datangnya sumber kekuatan ini, keyakinan ini cukup kuat mengatakan itulah jalan yang terbaik untuk diriku.

aku terus menanti jawapan darinya.

merenung di kamar sepi, sejadah dibentang bertemu KEKASIH ABADI, memohon petunjuk yang terbaik, memohon segala hajat yang membeku dalam kalb..tidak mengira penat jemu, itulah jalannya, itulah sumber kekuatan aku..segala kesedihan hati menunggu hilang apabila berada disisiMu. begitu mendalamnya kasihMu..sekiranya jalan ini terbaik untuk diriku maka permudahkanlah..beratnya..beratnya penantian ini, rintihku tidak berteman melainkanMu.

sabar..sabar.. serahkanlah semua itu padaNYA..

Seindah firman Yang Maha Kuasa:

“Mereka itulah orang yang dibalas dengan kedudukan yang tinggi (di dalam Syurga) kerana kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya” (Al-Furqan:75)

Sentuhan kasih yang menguji dariNYA mendorong kekuatan rohaniah, sebagaimana kisah Nabi Yaacob menanti kepulangan anaknya yang tercinta, Nabi Yusuf yang akhirnya dipertemukan oleh Allah dan lebih menyeksa kesabaran lagi kisah Bilal bin Rabah r.a yang tetap berpegang teguh dengan Islam meskipun harus merasakan seksaan ditindih dengan batu besar oleh majikannya di atas padang pasir yang panas. begitu juga dengan tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Ammar bin yasir dan keluarganya. ibunya Sumayyah diseksa dengan cara yang sangat keji sehingga mati sebagai Muslimah pertama yang mati Syahid di jalan Allah….Allahuakbar..

Muqabalah

Soalan-soalan yang dilontarkan semasa sesi perkenalan antara kita, tersangat menguji mindaku, debaran hati tidak dapat digambarkan lagi, puas minda mencari-cari jawapan yang terbaik untuk dilontarkan yang mungkin akan menarik perhatian kalian.
Detik menanti keputusan sudah hampir tiba, menunggu panggilan samada jawapan YA ataupun TIDAK, itu semua aku serahkan kepada takdir dari Yang Esa, kerana aku tidak mengerti dan tidak tahu apa yang terbaik untuk diriku malainkanMu, walau apa sekalipun keputusannya selepas ini aku redha, itu kata hatiku, kerna aku cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik, dan faktor utama pilihan ini adalah dari bondaku, memikirkan bonda keseorangan jadi aku memilih pilihanku “yang dekat” je.

Akhirnya

Subhanallah, Alhamdulillah…syukur..!!!!, syukur Ya Allah…akhirnya doaku dimakbulkan, besarnya kurniaan kepada insan yang kerdil ini Ya Allah..inilah perasaan kegembiraan yang sekian lama aku menanti, kegembiraan ini untukmu bonda, untukmu….aku mengharapkan yang terbaik untukmu bonda, segala yang aku kecapi dalam hidup ini adalah mencari keberkatan, apa sahaja tindakan yang aku lakukan keputusanmu lebih aula, mudah-mudahan segala urusan selepas ini akan dipermudahkan olehMU..

SMU (A) DARUL ULUM, JEDOK

inilah jalanku, inilah matlamatku, inilah perjuanganku…setibanya di sini aku memerlukan semangat dan niat yang sebaiknya, kerana amanah yang akan ditaklifkan kepadaku mungkin terlalu berat untuk aku menelusurinya, mungkin juga mudah untuk dinilai. Namun duhai anak-anakku, selagi kudrat yang dikurniakan ilahi selagi nadi darah masih mengalir selagi itulah aku akan bertarung dan akan mempertaruhkan segala keringat dan segala ilmu akan kulontarkan..insyallah.
Pertama kali melangkah ke darul ulum, dan pertama kalinya melihat mata anak-anakku yang menyinsing sinarannya mendambakan ilham mengajar erti sekalung ilmu dan lebih dari itu. kumengharapkan dan aku berdoa agar mampu memikul tanggungjawab, dan dapat mencemerlangkan anak-anakku. ucapan salam aku dahulukan mengatur strategi dan mencari keberkatan untuk diriku dan untuk anak-anaku.


Sejurus pengajaran, aku melihat kelakuan dan pemikiran mereka, perasaan sedih mencelah, ada setengah dari mereka yang tidak mampu untuk membaca dan mengenal huruf hijaiyyah walupun berada di saf sanawiah. apabila sesi pengajaran untuk bahagian pembacaan dan pemahaman mata mereka terkebil, terkadang menundukkan kepala, menyimpan pereasaan malu, aku tidak menyalahkan mereka, aku tahu saat inilah bermulanya aku perlu mencari noktah untuk mereka, masa yang diberi aku cuba memanfaatkannya sebaik mungkin, iringan doa kuutuskan untuk mereka mudah-mudahan Allah membuka pintu ilmu dan dipermudahkan dalam pencarian gedung ilmu.

Aku cuba untuk mendekati mereka, cuba untuk menyenarai semak pelajar yang lemah dan pelajar yang cemerlang, untuk meratakan pengetahuan mereka bukanlah mudah, memerlukan usaha dan cara yang kreatif.

perjuanganku menyusul…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan